Wednesday, June 4, 2014

Najib ‘aibkan’ pemimpin Sabah

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/06/04/najib-aibkan-pemimpin-sabah/

4 June 2014

KUCHING: Keputusan Kerajaan persekutuan untuk menimbangkan permohonan royalti minyak dan gas Sarawak ‘mengaibkan’ Sabah, kata Ketua STAR Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata reaksi spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menimbangkan permohonan Sarawak telah meletakkan kerajaan Sabah dalam keadaan ‘tergantung’.

“Reaksi spontan Najib untuk menimbangkan permohonan Sarawak meminta royalti yang lebih tinggi telah ‘mengaibkan’ kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah,” kata Jeffrey mengulas jawapan Najib kepada ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta royalti yang lebih tinggi di Miri.

Adenan membangkitkan isu terbabit ketika memberi ucapan semasa rumah terbuka Gawai Dayak peringkat kebangsaan di Miri malam tadi.

Jeffrey berkata permintaan Adenan tidak selari dengan Sabah di mana kerajaan dan pemimpin BN Sabah hanya mampu berdiam diri.

“Mereka berdiam diri mengenai pendirian ke atas royalti minyak dan gas Sabah,

“Sebahagian daripada parti-parti komponen yang lain terpaksa mengambil jalan keluar untuk mendapatkan suara dari sayap belia mereka untuk membuat pendirian,

“Pemimpin kanan hanya mampu ternganga walaupun rakyat biasa berdiri teguh agar royalti ditingkatkan jika mereka tidak diberi pemilikan penuh ke atas minyak dan gas Sabah,” katanya.

Keputusan sebulat suara

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lalu, kerajaan negeri meluluskan usul meminta kerajaan persekutuan meningkatkan royalti minyak dan gas ke negeri ini dari lima peratus kepada 20%.

Usul tersebut mencapai kejayaan kerana mendapat keputusan sebulat suara oleh kedua-dua belah jurang politik.

Di Sabah pula, tegas Jeffrey, usul untuk membahaskan mengenai hak minyak dan royalti Sabah telah ditolak bulat-bulat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Dengan perkembangan terkini dan jaminan PM, kerajaan dan pemimpin Sabah perlu menilai semula kedudukan mereka dan membuat pendirian yang positif.”

“Sekurang-kurangnya permintaan bagi royalti yang lebih tinggi jika tiada hak pemilikan minyak dan penyenaraian saham oleh PETRONAS.”

“Mereka harus menuntut hak minyak Sabah untuk manfaat semua rakyat Sabah, termasuk yang belum dilahirkan walaupun terpaksa kehilangan jawatan yang tinggi.” tambah beliau.

Hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri perlu dimanfaatkan dengan tidak berbuat demikian, ia hanya boleh bermakna bahawa hubungan yang baik tidak wujud kecuali dalam imaginasi mereka, tegas Jeffrey.

Tuesday, June 3, 2014

Adil kah?

Pada 7 Disember 1995Konsul Jeneral Malaysia telah dibuka di Bandaraya Davao Filipina dengan persetujuan antara Malaysia dan Filipina. Namun persoalannya, sehingga hari ini belum ada Konsul Filipina yang dibuka secara rasmi di Malaysia,  terutama sekali di Sabah. Ramai rakyat Filipina menghadapi kesulitan untuk berurusan secara rasmi dan mengikuti saluran yang betul untuk membuat passport. Oleh sebab itu, ianya sangat tidak adil jika mereka diperlaku atau dilayan dengan cara yang tidak wajar.

Hasrat Filipina tubuh konsulat di Sabah diharap jadi kenyataan: Dompok

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/47715

PENAMPANG: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berharap hasrat Filipina untuk menubuhkan sebuah konsulat di Sabah dapat dilaksana dengan muktamad.

Katanya, hasrat Filipina untuk menubuhkan konsulat di Sabah sudah lama disuarakan oleh negara itu dan berharap kali ini ianya menjadi kenyataan.

Beliau berkata, seperti negara jiran Indonesia yang sudah lama mempunyai pejabat konsulatnya di sini, ia dapat memudahkan urusan berkaitan rakyat mereka di Sabah.

“Dengan adanya pejabat konsulat Filipina di negeri ini, ia akan memudahkan segala urusan rakyat mereka yang berada di Sabah,” katanya.

Dompok yang juga Presiden Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penerimaan kemasukan ahli baru ke dalam parti itu di ibu pejabat parti berkenaan di sini, kelmarin.

“Sebagai negara jiran yang terdekat, jika ada pejabat konsulat Filipina di Sabah ia akan memudahkan urusan terutamanya pengendalian pasport keluar masuk rakyat mereka di negeri ini,” katanya.

Pada Kahmis, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Filipina menunjukkan minat mereka untuk menubuh- kan sebuah konsulat di Sabah bagi menangani masalah yang dihadapi warganegaranya.

“Kita menjelaskan sebab kenapa mereka perlu mempunyai konsulat kerana bilangan besar rakyat Filipina di Sabah, mereka berminat tetapi mereka perlu mengambil kira faktor- faktor lain,” katanya.

Anifah berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina yang baru dilantik, Albert F. De Rosario, di Putrajaya pada Khamis.

Kerajaan Malaysia dan Filipina telah bersetuju semasa mesyuarat Suruhanjaya Ber- sama Malaysia-Filipina yang kedua pada 1995 untuk pembukaan sebuah Konsulat Jeneral di Kota Kinabalu dan Konsulat Jeneral Malaysia di bandaraya Davao.

Terdahulu itu, bekas Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Putatan, Sylvester Sidian dan bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersara Jeoffrey Ekol menyertai Upko kelmarin.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang kemasukan ke parti itu kepada Dompok yang juga Ahli Parlimen Penampang dan turut disaksikan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Markus Mojigoh dan beberapa pemimpin parti itu.

By : OLEH KAMARUDDIN LIUSIN

New Sabah Times

Malaysia Mahu Filipina Buka Pejabat Konsul Jeneral Di Sabah

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=579524

15 April, 2011 20:57 PM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia mengulangi saranan agar Filipina membuka pejabat Konsul Jeneral di Kota Kinabalu, Sabah untuk menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat negara itu di negeri itu.

Perkara itu dibangkitkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) ketujuh di Manila, Filipina yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. Del Rosario.

Kedua-dua kerajaan bersetuju pada JCM Malaysia-Filipina kedua dalam tahun 1995 mengenai pembukaan Konsul Jeneral Filipina di Kota Kinabalu dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao, menurut kenyataan Wisma Putra di sini.

Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao dibuka pada 7 Dis, 1995.

Wisma Putra berkata mesyuarat di Manila itu mewujudkan satu momentum yang baik untuk kemajuan dan produktif kerjasama dua hala di mana kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan ke arah mengukuhkan lagi kerjasamanya dalam pelbagai bidang.

"Antara bidangnya ialah politik dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan, pertanian, pelancongan, pendidikan, kesihatan, penerangan, komunikasi dan kebudayaan, perkhidmatan udara dan perkara-perkara konsular," katanya.

Dalam hubungan ini, kedua-dua pihak bersetuju mempercepatkan beberapa perjanjian dua hala dan memorandum persefahaman yang tertangguh untuk dimuktamadkan.

"Bagi membina kemajuan dalam hubungan dua hala perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, menteri-menteri berkenaan bersetuju bahawa kedua-dua pihak akan merangka amalan dan sasaran yang dicapai untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam dua bidang itu.

"Ini adalah tambahan untuk langkah amalan yang akan diambil untuk mengukuhkan kerjasama sektoral dan kedua-dua menteri berseutju untuk mengerakkan dan menyelaraskan JCM dan mekanismenya," kata beliau.

Wisma Putra juga berkata Manila menghargai pelbagai bentuk bantuan teknikal yang disediakan Malaysia kepada Filipina, yang mengiktiraf sumbangan penting dalam proses kedamaian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Malaysia dijadual menjadi host JCM pada 2013.

-- BERNAMA

Copyright © 2014 BERNAMA. All rights reserved.

Screenshot / Print Screen:

----------------------------------------------------------------------------------------