Pada 7 Disember 1995, Konsul Jeneral Malaysia telah dibuka di Bandaraya Davao Filipina dengan persetujuan antara Malaysia dan Filipina. Namun persoalannya, sehingga hari ini belum ada Konsul Filipina yang dibuka secara rasmi di Malaysia, terutama sekali di Sabah. Ramai rakyat Filipina menghadapi kesulitan untuk berurusan secara rasmi dan mengikuti saluran yang betul untuk membuat passport. Oleh sebab itu, ianya sangat tidak adil jika mereka diperlaku atau dilayan dengan cara yang tidak wajar.
No comments:
Post a Comment