Tuesday, June 3, 2014

Malaysia Mahu Filipina Buka Pejabat Konsul Jeneral Di Sabah

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=579524

15 April, 2011 20:57 PM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia mengulangi saranan agar Filipina membuka pejabat Konsul Jeneral di Kota Kinabalu, Sabah untuk menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat negara itu di negeri itu.

Perkara itu dibangkitkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) ketujuh di Manila, Filipina yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. Del Rosario.

Kedua-dua kerajaan bersetuju pada JCM Malaysia-Filipina kedua dalam tahun 1995 mengenai pembukaan Konsul Jeneral Filipina di Kota Kinabalu dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao, menurut kenyataan Wisma Putra di sini.

Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao dibuka pada 7 Dis, 1995.

Wisma Putra berkata mesyuarat di Manila itu mewujudkan satu momentum yang baik untuk kemajuan dan produktif kerjasama dua hala di mana kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan ke arah mengukuhkan lagi kerjasamanya dalam pelbagai bidang.

"Antara bidangnya ialah politik dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan, pertanian, pelancongan, pendidikan, kesihatan, penerangan, komunikasi dan kebudayaan, perkhidmatan udara dan perkara-perkara konsular," katanya.

Dalam hubungan ini, kedua-dua pihak bersetuju mempercepatkan beberapa perjanjian dua hala dan memorandum persefahaman yang tertangguh untuk dimuktamadkan.

"Bagi membina kemajuan dalam hubungan dua hala perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, menteri-menteri berkenaan bersetuju bahawa kedua-dua pihak akan merangka amalan dan sasaran yang dicapai untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam dua bidang itu.

"Ini adalah tambahan untuk langkah amalan yang akan diambil untuk mengukuhkan kerjasama sektoral dan kedua-dua menteri berseutju untuk mengerakkan dan menyelaraskan JCM dan mekanismenya," kata beliau.

Wisma Putra juga berkata Manila menghargai pelbagai bentuk bantuan teknikal yang disediakan Malaysia kepada Filipina, yang mengiktiraf sumbangan penting dalam proses kedamaian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Malaysia dijadual menjadi host JCM pada 2013.

-- BERNAMA

Copyright © 2014 BERNAMA. All rights reserved.

Screenshot / Print Screen:














----------------------------------------------------------------------------------------
Hasrat Filipina tubuh konsulat di Sabah diharap jadi kenyataan: Dompok
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/47715

PENAMPANG: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berharap hasrat Filipina untuk menubuhkan sebuah konsulat di Sabah dapat dilaksana dengan muktamad.

Katanya, hasrat Filipina untuk menubuhkan konsulat di Sabah sudah lama disuarakan oleh negara itu dan berharap kali ini ianya menjadi kenyataan.

Beliau berkata, seperti negara jiran Indonesia yang sudah lama mempunyai pejabat konsulatnya di sini, ia dapat memudahkan urusan berkaitan rakyat mereka di Sabah.

“Dengan adanya pejabat konsulat Filipina di negeri ini, ia akan memudahkan segala urusan rakyat mereka yang berada di Sabah,” katanya.

Dompok yang juga Presiden Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penerimaan kemasukan ahli baru ke dalam parti itu di ibu pejabat parti berkenaan di sini, kelmarin.

“Sebagai negara jiran yang terdekat, jika ada pejabat konsulat Filipina di Sabah ia akan memudahkan urusan terutamanya pengendalian pasport keluar masuk rakyat mereka di negeri ini,” katanya.

Pada Kahmis, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Filipina menunjukkan minat mereka untuk menubuh- kan sebuah konsulat di Sabah bagi menangani masalah yang dihadapi warganegaranya.

“Kita menjelaskan sebab kenapa mereka perlu mempunyai konsulat kerana bilangan besar rakyat Filipina di Sabah, mereka berminat tetapi mereka perlu mengambil kira faktor- faktor lain,” katanya.

Anifah berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina yang baru dilantik, Albert F. De Rosario, di Putrajaya pada Khamis.

Kerajaan Malaysia dan Filipina telah bersetuju semasa mesyuarat Suruhanjaya Ber- sama Malaysia-Filipina yang kedua pada 1995 untuk pembukaan sebuah Konsulat Jeneral di Kota Kinabalu dan Konsulat Jeneral Malaysia di bandaraya Davao.

Terdahulu itu, bekas Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Putatan, Sylvester Sidian dan bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersara Jeoffrey Ekol menyertai Upko kelmarin.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang kemasukan ke parti itu kepada Dompok yang juga Ahli Parlimen Penampang dan turut disaksikan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Markus Mojigoh dan beberapa pemimpin parti itu.


By : OLEH KAMARUDDIN LIUSIN

New Sabah Times

No comments:

Post a Comment