Tuesday, June 3, 2014

Hasrat Filipina tubuh konsulat di Sabah diharap jadi kenyataan: Dompok

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/47715

PENAMPANG: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berharap hasrat Filipina untuk menubuhkan sebuah konsulat di Sabah dapat dilaksana dengan muktamad.

Katanya, hasrat Filipina untuk menubuhkan konsulat di Sabah sudah lama disuarakan oleh negara itu dan berharap kali ini ianya menjadi kenyataan.

Beliau berkata, seperti negara jiran Indonesia yang sudah lama mempunyai pejabat konsulatnya di sini, ia dapat memudahkan urusan berkaitan rakyat mereka di Sabah.

“Dengan adanya pejabat konsulat Filipina di negeri ini, ia akan memudahkan segala urusan rakyat mereka yang berada di Sabah,” katanya.

Dompok yang juga Presiden Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penerimaan kemasukan ahli baru ke dalam parti itu di ibu pejabat parti berkenaan di sini, kelmarin.

“Sebagai negara jiran yang terdekat, jika ada pejabat konsulat Filipina di Sabah ia akan memudahkan urusan terutamanya pengendalian pasport keluar masuk rakyat mereka di negeri ini,” katanya.

Pada Kahmis, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Filipina menunjukkan minat mereka untuk menubuh- kan sebuah konsulat di Sabah bagi menangani masalah yang dihadapi warganegaranya.

“Kita menjelaskan sebab kenapa mereka perlu mempunyai konsulat kerana bilangan besar rakyat Filipina di Sabah, mereka berminat tetapi mereka perlu mengambil kira faktor- faktor lain,” katanya.

Anifah berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina yang baru dilantik, Albert F. De Rosario, di Putrajaya pada Khamis.

Kerajaan Malaysia dan Filipina telah bersetuju semasa mesyuarat Suruhanjaya Ber- sama Malaysia-Filipina yang kedua pada 1995 untuk pembukaan sebuah Konsulat Jeneral di Kota Kinabalu dan Konsulat Jeneral Malaysia di bandaraya Davao.

Terdahulu itu, bekas Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Putatan, Sylvester Sidian dan bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersara Jeoffrey Ekol menyertai Upko kelmarin.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang kemasukan ke parti itu kepada Dompok yang juga Ahli Parlimen Penampang dan turut disaksikan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Markus Mojigoh dan beberapa pemimpin parti itu.


By : OLEH KAMARUDDIN LIUSIN

New Sabah Times

1 comment:

  1. Find the best games at the best casino - DrmCMD
    Online gambling 파주 출장안마 is a market leader in 여주 출장안마 the casino industry, but one 안양 출장샵 of the biggest operators is in 구리 출장샵 charge 남양주 출장안마 of a dedicated gambling site.

    ReplyDelete